22 October 2011

Warga Emas 82 Tahun Dapat Lesen Memandu


Warga Emas 82 Tahun Dapat Lesen Memandu

TUMPAT - Seorang warga emas berusia 82 tahun dari Kampung Tujuh di sini merupakan antara 472 individu berusia lebih 50 tahun yang mendapat lesen memandu percubaan (P) motosikal B2 selepas mengikuti ujian memandu anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama tiga bulan menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ). Abdullah Che Ibrahi yang mempunyai 20 cucu ketika berkongsi kegembiraannya berkata, dia tidak menyangka akan mendapat lesen P selain menjadi peserta tertua pada program berkenaan yang dilaksanakan bermula Februari lalu.

"Bagi saya, ini adalah lesen paling besar pernah saya dapat sejak menunggang motosikal hampir 32 tahun lalu. "Bukan saya sengaja tidak mahu ambil lesen tetapi disebabkan tidak tahu membaca, ia membataskan saya untuk cuba mendapatkan lesen memandu," katanya selepas menerima lesen pada majlis penutup program SKSJ di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Source: Ministry of Transport (www.mot.gov.my)

22 September 2011

DAPATKAN LESEN MEMANDU ANDA SEKARANG!

Adakah anda mencari pakej belajar memandu yang berbaloi dari segi harga & perkhidmatan?

*** Kami menawarkan PAKEJ BELAJAR ASAS MEMANDU yang bernilai untuk wang anda(worth paying for + value-for-money)! ***

Lihat apa yang kami tawarkan:

1. PERKHIDMATAN yang MEMUASKAN, TELUS & CEKAP dari kelas pertama hingga 'P'

2. PENGANGKUTAN DISEDIAKAN pergi & balik dari kediaman pelajar/pickup point ke tempat latihan & ujian JPJ - Anda TAK PERLU pergi sendiri. Kawasan Perkhidmatan: Sekitar Wangsa Maju, Ulu Kelang, Setapak, Sentul, Gombak, KL. Lain-lain kawasan boleh dirunding

3. LATIHAN DAN UJIAN JPJ DI TEMPAT YANG SAMA - kelas/latihan oleh tenaga pengajar yang diperakui JPJ

4. BAYARAN SECARA ANSURAN mengikut peringkat latihan - TIDAK MEMBEBANKAN

5. MINIMA PRAKTIKAL MEMANDU One to One Session selama 11 JAM YANG SOLID -(sebelum & selepas ‘L’)

5. INSURANS kemalangan diri PERCUMA RM20,000 (setahun)

6. TIGA (3) PAKEJ MEMANDU dengan harga yang kompetitif dan sesuai dengan kehendak/keyakinan anda - khusus bagi mereka yang mendaftar di Cawangan Wangsa Maju!

7. Pengajar kereta WANITA boleh diaturkan.


Tak perlu berlengah lagi...Belajarlah memandu sekarang! Kunjungi pejabat kami di Wangsa Link, Wangsa Maju (di belakang Carrefour, bersebelahan Domino's Pizza)

** WHAT YOU PAY IS WHAT YOU GET! ** ENJOY DRIVING! **

19 July 2011

KURIKULUM BARU PERLU KONSEP KEMAHIRAN

BANGI 13 Julai – Kurikulum baharu sekolah atau institut memandu yang bakal diperkenalkan kerajaan tidak lama lagi perlu memberi penekanan kepada ‘konsep kemahiran mengatasi pengetahuan’.

Pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abdul Rahim Md. Nor berkata, ini kerana konsep kemahiran bukan sesuatu yang boleh dihafal atau dibaca semata-mata, sebaliknya memerlukan latihan bagi membiasakan calon dengan keadaan, kesibukan dan halangan sebenar di jalan raya.

“Apatah lagi dalam situasi hari ini, tidak keterlaluan dikatakan, laluan untuk seseorang calon mendapatkan lesen memandu adalah terlalu mudah, ringkas dan cepat serta kurang bersifat ‘menguji’ tahap kemahiran pemanduan mereka.

“Dengan adanya konsep kemahiran, ia bukan sahaja mampu melahirkan pemandu kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah di jalan raya, bahkan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan 50 peratus bilangan kematian dan kecederaan akibat kemalangan menjelang tahun 2020 nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahim, ujian amali memandu di jalan raya merupakan perkara utama yang wajar diberi perhatian oleh pihak kerajaan serta memerlukan pembaharuan secara total.
“Pada pendapat saya, ujian amali memandu di jalan raya perlu dipanjangkan jarak dan masa iaitu daripada 15 minit sekarang kepada 45 minit.

“Luaskan geografi kawasan ujian amali dengan melalui empat kawasan utama yang terdiri daripada kawasan guna tanah tidak padat, kawasan berkonflik, kawasan berisiko tinggi dan kawasan guna tanah padat.“Calon perlu diuji kemahiran memandu pada sekurang-kurangnya di dua kawasan seperti yang dinyatakan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahim menegaskan, ujian amali meletak kenderaan dan berhenti pada cerun di pusat ujian (test centre) wajar dihapuskan pelaksanaannya.
Sebaliknya, kedua-dua ujian tersebut perlu di lakukan di jalan raya bagi mendedahkan calon dengan keadaan dan halangan sebenar dalam memantapkan kemahiran pemanduan mereka.

“Kalau di pusat ujian, ada sesetengah calon yang bersikap sambil lewa dan tidak bimbang jika kenderaan mereka terlanggar tiang semasa meletak kenderaan mahupun menggelongsor ketika menaiki cerun.

“Mereka anggap ‘kesalahan’ yang dilakukan itu adalah kecil serta hanya akan menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan lesen sahaja.

“Sedangkan dalam situasi sebenar kelalaian tersebut berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap pemandu lain dan diri mereka sendiri terutamanya jika kemalangan terjadi,” katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Rahim, masa yang panjang diperlukan bagi menanam kemahiran memandu dalam diri seseorang calon.


Sumber: Utusan Malaysia, 14 Julai 2011.